Dihantar Oleh Pada 27 August, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Sup orang bujang.. Boleh makan dengan nasi dan juga buat mee sup. Time malas nak masak boleh pekena nasi sup untuk lunch.. belah malam makan mee sup.. sodap!!

Share:
Bahan-bahan
  • 500g tulang lembu
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana-mana (Adabi ke Maggi)
  • 2 1/2 liter air
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup / daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili padi - kalau nak pedas :)
  • Limau nipis- kalau suka masam-masam sikit..
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah
Cara-cara
  1. Mula-mula cucilah tulang-temulang.

  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.

  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.

  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalau sesiapa ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.

  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalau hangus sikit tu takpe..

  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.

  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalau tak nak letak pun takpe..

  8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalau tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.

  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perahlah sedikit limau nipis.