Dihantar Oleh Pada 12 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Resepi dr officemate lama.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastard
  • 6 cawan air
  • Bahan utk kuahnya
  • 1 tin susu cair (apa2 brand)
  • 1 tin gula (guna tin susu cair)
  • 2-3 tin air (ikut suka nak pekat kurangkan air)
  • 2-3 s/b tepung kastard (kalau nak cair tak yah letak)
  • sebiji telur (dikocak dan ditapis(betuk ke ayat ne yek..))
  • kacang tanah -digoreng tanpa minyak.dibuang kulit dan ditumbuk sederhana halus.
  • 1 tin buah-buahan campur -utk hiasan
  • sehelai daun pandan /esen valina
Cara-cara
  1. Untuk Puding

  2. Campurkan tepung kastard dan air kedlm periuk dan dikacau rata.Letakkan dia atas api yg kecil sambil dikacau perlahan2 sehingga pekat dan berkilat.Kalau dah gelembung2 dah masak le tu maknanya.Angkat dan tuangkan kedalam acuan/loyang.

  3. Untuk Kuah

  4. Didalam bekas yg sama(jimat bekas) satukan gula,air dan susu cair diatas api yg sederhana besar sambil dikacau rata sehingga gula larut/mendidih.

  5. Masukkan daun pandan/esen vanila dan telur serta tepung kastard yg dibancuh dgn sedikit air.Kacau rata. Bila dah mendidih,matikan api biarkan sejuk barulah diletakkan didlm peti sejuk.

  6. Sebelum dihidangkan,potong kecil2/keluarkan puding dr acuan dan tuangkan kuah bersama buah2an campur.Taburkan dgn kacang yg ditumbuk tadi.

  7. Em..........pasti menyelerakan.........

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen