Resepi Kuih Badak Berendam

 Dihantar Oleh Pada 10 July, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

baru je dapat resepi ni

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan doh:
  • 180g tepung pulut
  • 20g tepung gandum
  • 160ml air
  • 1/2 sk garam
  • Bahan Inti:
  • 100g gula merah
  • 100ml air
  • 120g kelapa parut (putih)
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sk garam
  • Bahan kuah:
  • 500ml santan (1 biji kelapa)
  • 2sb tepung beras
  • garam secukupnya
  • Bahan acuan: daun pisang
Cara-cara
  1. Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk

  2. Doh: Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.

  3. Bentukkan daun pisang seperti acuan tepung pelita. Atur 4 biji bebola ke dalam acuan.

  4. Campurkan bahan kuah. Kemudian tuang ke dalam acuan daun pisang sehingga paras bebola.

  5. Kukus selama antara 10-15 minit. Jangan kukus kuih terlalu lama kerana santan akan pecah minyak.

Tags 
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua