Resepi Pai Tee

 Dihantar Oleh Pada 06 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 25 biji
Description

Versi sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • KULIT PAI:
  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Acuan pai tee
  • INTI:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • - 1 batang lobak merah
  • - 1 biji sengkuang
  • - 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
  • Sos pencicah
Cara-cara
  1. UNTUK KULIT PAI:

  2. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.

  3. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.

    open-uri20151010-29872-138zand
  4. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar

    open-uri20151010-29872-462sih
  5. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.

    open-uri20151010-29872-cgfeli
  6. Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

    open-uri20151010-29872-1tty47y
  7. UNTUK INTI:

  8. Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.

  9. Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.

    open-uri20151010-29872-1hjsum6
  10. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.