Resepi Pulut Durian 'Kelantan Style'

 Dihantar Oleh Pada 06 July, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

resepi dari ma.. sesuai dibuat dimusim durian ni... Lebih nikmat dimakan menggunakan tangan...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • gula pasir
  • 1 biji durian
Cara-cara
  1. tanak atau kukus beras pulut (ikut suka)

  2. perah santan daripada sebiji kelapa tadi, tidak perlu terlalu pekat (gunakan air yang telah dimasak)

  3. masukkan garam secukup rasa ke dalam santan tadi

  4. kupas durian dan ambil isinya

  5. setelah siap semuanya, masukkan pulut, durian, & sedikit gula pasir kedalam pinggan. kemudian curahkan santan tadi ke atasnya.

  6. sedia dimakan.. Pulut Durian Kelantan Style...

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua