Dihantar Oleh Pada 29 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Saiz Loyang: 22cm
Description

As promised...

Share:
Bahan-bahan
  • KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara
  1. KEK :

  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.

  3. Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.

    open-uri20151010-29872-15wtkb2
  4. KELADI:

  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.

  6. Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.

    open-uri20151010-29872-eok218
  7. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.

    open-uri20151010-29872-16tzekj
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.

  9. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.

    open-uri20151010-29872-1akd67x
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

  11. NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

    open-uri20151010-29872-ixiiiq
Tags 
  •   kek