Dihantar Oleh Pada 29 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 - 6 orang
Description

Masak ikut apa yg ada dalam peti sejuk....tapi kalau tak de apa2, pi beli kat pasar dulu....ok.

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 1 cawan isi kupang
  • 1 cawan hirisan cendawan butang
  • 10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
  • 4 batang putik jagung, dihiris menyerong
  • 2 batang sosej, dihiris nipis
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • BAHAN2 SOS, DISATUKAN:-
  • 1 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
Cara-cara
  1. Panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan. Tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang.

  2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki.

  3. Angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua