Resepi Sayur Kacang Panjang Tumis Ikan Bilis

 Dihantar Oleh Pada 27 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang makan
Description

selalu gak masak makan ngan dak2 umah time tgh study kat kampus..

Share:
Bahan-bahan
  • Sayur Kacang Panjang - 1 ikat (dalam 10 batang)
  • Bawang merah- 5 ulas kalau gune bawang kecik, 1 1/2 ulas kalau gune bawang besar
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Ikan bilis - 1 genggam (dalam 20-30 ekor)
  • Belacan - ikut suka nak letak atau tak
  • Garam dan gula
  • Cili boh - 3 sudu besar (nee sebab malas nak kisar sendiri.. heheh)
Cara-cara
  1. Potong kacang panjang secara menyerong atau patah2 jer gune jari. Ambil seulas bawang merah kecil (atau 1/2 bawang besar) di hiris kasar.

  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat. Masukkan belacan kalau suke.

  3. Masukkan cili boh dan ikan bilis. sambung tumbuk lagi tapi takyah la lumat sangat

    open-uri20151010-29872-uqy4en
  4. Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng.Tumis hirisan bawang. Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi, tumis sampai garing sedikit

  5. Masukkan kacang panjang yang telah dibasuh. Masukkan sedikit air bagi ada kuah sikit. Perasakan dengan garam dan gula. Agak2 kacang dah separuh masak dah leh angkat.

    open-uri20151010-29872-7luzhz
  6. kalau suke, pecahkan sebiji telur dan gaul rata, tunggu sampai telur masak dah boleh angkat.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen