Resepi Lontong Goreng Version Senang

 Dihantar Oleh Pada 26 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

breakfast boleh..lunch boleh..dinner pun boleh..

Share:
Bahan-bahan
  • 6 batang homemade instant nasi impit, atau apa2 nasi impit pun boleh..
  • 2-3 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 biji telur
  • garam jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • daun kucai, ikut banyak mana kita nak
  • ***boleh tambah bahan lain seperti udang atau ayam, jika suka
Cara-cara
  1. Potong nasi impit kecil & ketepikan

  2. Telur digoreng hancur & ketepikan

  3. Tumis bawang, bawang putih & cili sehingga wangi. Masukkan minyak bijan, kicap, sos ikan & sos tiram. Jika kering sangat, masukkan 1-2 sudu air

  4. Masukkan daun kucai & telur, masak hingga layu & masukkan nasi impit. Rasa garam, tak perlu tambah garam jika dah cukup masin

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen