Dihantar Oleh Pada 06 September, 2016
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 Orang
Description

All time favorite dan rasa yang sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ketul isi dada ayam - potong panjang kecil dan tos kering (anggaran sebesar jari manis)
  • 1/2 sdt minyak bijan
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam dan gula
  • Tepung jagung untuk membalut ayam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 400ml air masak
  • 1 sdm sos plum
  • 4-5 keping hirisan lemon
  • 2 sdm madu
  • Sedikit garam
  • 1 - 11/2 sdm gula (lebihkan sedikit manis)
  • sdt tepung jagung + 2 sdm air untuk memekat kuah
  • 1 sdt parutan kulit lemon
  • 11/2 sdt pati sunquick (mandarin)
Cara-cara
  1. Satukan isi ayam, minyak bijan, lada sulah, sedikit garam dan gula.

  2. Kemudian panaskan minyak, golek ayam kedalam tepung jagung dan goreng sehingga ayam timbul dan garing.

  3. Goreng sehingga habis dan letak kedalam bekas sederhana besar untuk di gaul bersama kuah kemudian.

  4. Sediakan periuk kemudian masukkan air, sos plum, gula, sedikit garam, hirisan lemon dan madu.

  5. Masak sehingga mendidih menggunakan api sederhana dan rasa kan kuahnya. Ianya sedikit manis.

  6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati dan diikuti parutan kulit lemon dan pati sunquick.

  7. Kacau sebati dan tutup api.

Komen