Resepi Jelly Fruit Cake

 Dihantar Oleh Pada 18 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Berukuran 9 inci
Description

Cuma kek biasa-biasa saja...TAPI..menarik.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 keping kek span, berperisa vanila berukuran 9 inci (boleh rujuk resipi, Pandan Layerd Cake, utk resipi kek, ganti pandan paste dgn esen vanilla, bakar dalam loyang bulat 9 inci)
  • BAHAN2 UTK KASTARD:-
  • 400 ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung jagung
  • 20 g tepung gandum
  • 4 g serbuk jelly
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 camca besar mentega dan secubit garam
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Buah2an pilihan masing seperti, peach, strawberry, laici, kiwi dan sebagainya.
  • Sedikit jem aprikot
  • 1 cawan flakes almond, dipanggang sebentar
  • BAHAN2 UTK JELLY:-
  • 700ml air
  • 6 g serbuk jelly
  • 100 g gula
Cara-cara
  1. Biarkan kek berukuran 9 inci hingga betul2 sejuk dan potong kepada 2 bahagian. Gunakan satu bahagian saja.

    open-uri20151010-29872-11e1yan
  2. Masukkan kek tadi kembali ke dalam loyang berukuran 9 inci, yg telah dilenser sedikit bhg tepi tin dgn mentega.

    open-uri20151010-29872-jm0hip
  3. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan kecuali mentega, dalam satu bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara double boiler. Masak hingga pekat, tapi jgn terlalu pekat. Angkat dan masukkan mentega, gaul hingga sebati.

  4. Tuang kastard tadi ke dalam loyang yg berisi kek, ratakan sehingga memenuhi permukaan kek dan bahagian yg kosong. Susun buah2an mengikut kreativiti masing2.

    open-uri20151010-29872-1hqzh4n
  5. UNTUK JELLY:- Larutkan serbuk jelly, gula dan air. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Angkat dan tuang perlahan atas buah2an tadi. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk 1 jam.

    open-uri20151010-29872-1hlcgmy
  6. Bila sejuk dan jelly beku. Keluarkan dari acuan, sapu tepi kek dgn jem aprikot dan tepekkan dgn flakes almond tadi. (maaf mat kehabisan flakes almond jadi tak letak..hehehe)

    open-uri20151010-29872-hb2gfi
  7. Utk resipi nie, mat guna buah peach, limau, laici dan ceri.

    open-uri20151010-29872-1fx0f62
Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua