Dihantar Oleh Pada 07 April, 2016
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 Orang
Description

Sedap dimakan bersama nasi putih dan jugak dicicah dengan roti

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A (Kisar)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 6- 7 biji Cili Merah (terpulang tahap kepedasan masing-masing)
  • 1inci lengkuas
  • Sedikit Serbuk Kunyit/saffron
  • 1/2 cm halia
  • Bahan B
  • 1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 4 sudu besar air asam limau nipis
  • 1 batang serai ketuk
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air
Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar, serbuk kunyit dan serai hingga naik bau.

  2. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk.

  3. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih

  4. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa.

  5. Sesuaikan rasa, apabila ayam empuk,renehkan seketika biar kuah agak pekat.

  6. Tutup api,Sedia dihidang

Komen