Dihantar Oleh Pada 12 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 biji
Description

sgt senang dan nyum2! resepi asal diambil dari mamafami fotopages.. dh lame dh cuba, br nk tepek kt cni =)

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g butter
  • 160 g gula kaster (resepi sebenar guna 180 g)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 220 g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
Cara-cara
  1. Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.

  2. Pukul butter dan gula sampai kembang.

  3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.

  4. Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.

  5. Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream lebih senang.

  6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.