Dihantar Oleh Pada 23 October, 2013
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 - 3org makan
Description

Masakan ala2 barat, masa buat lebih kurang 30 - 40minit.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan makaroni ( tak kesah la ape2 bentuk pn )
  • 2 - 3 sudu makan mentega
  • 2 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 batang sosej dihiris nipis ( nak letak lebih pn takpe )
  • 2 sudu makan daging @ ayam kisar ( terpulang la nak guna ayam @ daging, ( sy guna daging yg direbus dan di blend kan )
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang halus )
  • 1/2 ulas bawang bombay ( bawang besar yg kuning tue kalau takde bawang besar biase pn boleh )
  • 2 - 4 sudu cream cheese philadelphia ( klau nak guna cheese cheddar @ parmesan pn boleh jugak)
  • 1 cawan susu sejat @ susu cair
  • 1 cawan air
  • Italian Herbs ( sy letak sebab sekurang2nya ade bau dan rase ckt herbs kt makaroni )
  • Remekin @ loyang yg sepatutnye ... hehe
Cara-cara
  1. Rebuskan makaroni dlm rebusan tu letak sikit garam dan minyak supaya makaroni tu tak melekat.. Agak2 la ye rebus jgn sampai kembang sangat..hehe

  2. Bila dan siap rebus dan toskan makaroni tu, gaulkan makaroni tu dgn 1/2 sudu makan butter.. supaya makaroni tak kering dah siap letak tepi dulu.

  3. Panaskan kuali masukkan 1 sudu butter kemudian masukkan sosej yg dihiris nipis, pastu masukkan 2 sudu makan daging @ ayam kisar agak2 da separuh masak ketepikan.

  4. Dalam kuali yg sama, masukkan butter, bawang besar dan bawang kecil yg dicincang. Gaulkan sehingga naik bau dan kuning keemasan.

  5. Kemudian masukkan tepung gandum, gaul rata. Bila tepung dan bawang bersatu (cewahh ayat) akan menjadi ketul2

  6. Masukkan pula susu sejat, gaul rata. Kalau berketul2 hancurkan. Kemudian baru la masukkan air, kacau bagi sebati.

  7. Sekarang masukkan pula kiub pati ayam knorr, gaul rata sehingga kiub cair ok. Masukkan pula serbuk lada hitam ( kepedasan ikut masing2 la ye )

  8. Masukkan pula sosej dan daging yg dah digoreng tadi, gaul rata la ye ( kalau rase pekat sgt ssh nk gaul tambah cikit jek air ye )

  9. Dan akhir sekali sy masukkan Italian Herbs dan gaul rata dah sebati tutup api ye. Italian herbs ni agak kuat ckt bau nye jdi ltk ckt jela. kalau takde Dry Basil pn boleh

  10. Jangan lupa oleskan butter @ minyak kat dlm loyang yekk

  11. Tuangkan makaroni ke dalam loyang dan taburkan cheese parut diatas makaroni, ikut suka nak letak byk mana ( sy takde cheese parut jd sy letak cream cheese jek) Akhir sekali baru la taburkan sedikit italian herbs @ sedikit serbuk lada hitam.

  12. Masukkan dlm oven @ mikrowave. Suhu 150c - 170c selama 12 - 15 minit.. Bila dah masak ni la jadinye...hehehe

  13. * Sebelum masukkan makroni pasti oven telah dipanaskan terlebih dahulu yek, selama lebih kurang 15 - 20 minit. * Selamat Mencuba

Komen