Dihantar Oleh Pada 07 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji
Description

sedap n senang sgt - yg penting xde pengawet! kalau ada ni memang susah saya, susah nak berhenti!!

Share:
Bahan-bahan
  • 50 biji kedondong (boleh tukar kepada buah lain spt mangga muda, cermai, eh - apa2 buah le yg korang nak jerukkan!
  • 1/2 cawan garam kasar - larutkan dalam 2 liter air (x larut sgt pun xpe, masa merendam buah nanti larut la dia..
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 keping gula kabung ( boleh ganti dengan 2 sb gula melaka atau gula merah - x letak pun xpe)
  • 4 biji cili padi (optional - saya suka ada rasa pedas pedas sikit)
  • 2 liter air untuk air gula
  • 1 sk garam halus atau secukup rasa
Cara-cara
  1. kupas, basuh dan tuskan buah kedondong - rendam dalam air garam semalaman.

  2. bilas buah kedondong dan tuskan.

  3. masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus. akhir sekali masukkan cili padi.

  4. bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum step 2 supaya by the time kita dah siap tus buah, air gula dah cukup sejuk

  5. simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen