Dihantar Oleh Pada 14 August, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 biji
Description

'Non butter non oil recipe'. Sesuai untuk diet

Share:
Bahan-bahan
  • - Bahan A -
  • 125g tepung roti
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 50g telur
  • 100ml air (40C)
  • - Bahan B -
  • 125g tepung roti
  • 1/2 sudu kecil garam
  • ===============
  • Telur untuk sapu
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Kacau.

  2. Kemudian masukkan pula bahan B. Uli sampai licin selama 10-15 minit (boleh tengok cara uli roti bulat). Kemudian rehatkan. Biarkan naik 2 kali ganda.

  3. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.

  4. Kemudian buat jadi bentuk kon. Canaikan sepanjang lebih kurang 30-35cm dan gulung. ( Rujuk cara-cara di resepi butter roll)

  5. Bakar dalam suhu 180C selama 8 minit.

Komen