Resepi Pulut Panggang

 Dihantar Oleh Pada 05 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 batang
Description

Satu lagi makanan tradisi melayu berasaskan pulut...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
Cara-cara
  1. cuci beras pulut dengan air suam

    data.jpeg
  2. masukkan santan+garam+daun pandan

    data.jpeg
  3. tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)

    data.jpeg
  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya

    data.jpeg
  5. ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang

    open-uri20151010-29872-s3irky
  6. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi

    open-uri20151010-29872-14zz28l
  7. tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup

    data.jpeg
  8. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya

    data.jpeg
  9. letak atas api dan balik2kan hingga garing

    open-uri20151010-29872-1incuzk
  10. makan masa panas-panas... best!

    open-uri20151010-29872-1xvqj34