Dihantar Oleh Pada 05 June, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji atau lebih
Description

Resepi maid from indon..

Share:
Bahan-bahan
  • KULIT KARIPAP
  • 1 kg tepung gandum
  • 300 gram marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • INTI KARIPAP
  • 500 gram ubi kentang (buang kulit dan belah 4)
  • 250 gram isi ayam (potong kecil-kecil)
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam baba's (boleh lebihkan kalau suka)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • Setangkai daun kari
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak utk menumis dan menggoreng
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Adunkan bahan-bahan kulit karipap hingga menjadi doh.Uli sampai benar-benar lembut.Ketepikan.

  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik baru.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi.Kacau seketika.

  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus tadi bersama ayam.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Masak hingga kering.Angkat dan lecekkan inti ini.Jangan terlalu halus.

  4. Ulikan doh dan canai kan sederhana nipis.Terapkan acuan karipap.Masukkan inti ke dalam kulit yang telah diterap.Tutupkan acuan.Keluarkan karipap dan kelimkan tepinya.Buat hingga habis adunan.

  5. Panaskan minyak.Goreng karipap hingga masak dan garing.Sedia utk hidangan.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua