Resepi Kuih Kacang/kasturi

 Dihantar Oleh Pada 30 May, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-18 biji
Description

resepi mama... sedap makan pada waktu petang

Share:
Bahan-bahan
  • utk inti (Bahan A)
  • 1 paket kecil kacang hijau (direndam dahulu selama 1 1/2-2 jam)
  • 5 cawan air + 1 cawan santan
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan
  • utk kulit (Bahan B)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Bahan A; Rebus kacang hijau sehingga agak hendak lembut. Jika masih agak keras tambahkan sedikit air lagi, kemudian bolehlah tambahkan gula perang, santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga kering dan lembut. Angkat.

  2. Untuk kulit (Bahan B); Masukkan tepung ke dalam mangkuk, letak air kacau sehingga sebati jika pekat tambah lagi sedikit demi sedikit air, masukkan telur, serbuk kunyit dan garam. Adunan ini seperti hendak mengoreng pisang. Setelah siap, ambil inti kacang tadi gaulkan dengan tepung. Buat leper leper dan masukkan ke dalam bahan B dan goreng di atas api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua