Dihantar Oleh Pada 22 January, 2013
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang 30 biji
Description

Resepi dengan bahan2 mudah untuk dicuba, seakan2 apam makoke tapi tanpa ragi atau tapai... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g tepung beras*} (2 cwn)
  • 2 sk baking powder*} diayak bersama
  • 180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
  • 1 cawan susu segar/cair/santan cair
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna pilihan ikut selera
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.

  2. Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.

    data.jpeg
  3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak.

  4. Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom.

    open-uri20151010-29872-1g31btz