Dihantar Oleh Pada 19 November, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 3 atau 4 orang makan...
Description

nasi goreng rindu ni special untuk semua suri rumah,student or sesiapa saja yg busy n takde masa nak masak...tapi disebabkan anak lapar,suami suruh or whatever alasan yg ade..nasi goreng ni la jawapannya...senang,ringkas & sedap...selamat mencuba!!!

Share:
Bahan-bahan
  • bawang besar 1 biji
  • bawang putih 3 biji
  • cili padi 10 batang (ikot tahap pedas individu..kalau nak pedas lebihkan cili padi...n sebaliknya)
  • cili merah 1 batang ( untuk tambah colour je)
  • telur 2 biji
  • isi ayam (potong dadu)
  • ikan bilis
  • nasi secukupnya
  • garam & ajinamoto
Cara-cara
  1. hiris bawang besar,bawang putih,cili padi & cili merah dan ketepikan.

  2. panaskan minyak....gorengkan telur,isi ayam dan ikan bilis secara berasingan...setelah itu campurkan kesemua bahan kedalam nasi putih yang telah dicerai2 kan...

  3. dengan menggunakan minyak yang baru, tumis bahan2 yang telah dihiris (cara no 1) sehingga naik bau...masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa

  4. setelah wangi...masukkan nasi putih yang dicampur dengan bahan yang telah digoreng tadi (cara no 2)...

  5. gaul sebati dengan api yang kuat.. #sentiasa gaul supaya nasi dibawah tidak hangus..

  6. biarkan nasi sedikit berasap supaya mendapat tekstur 'garing'....setelah itu,sudah siap dan boleh dihidangkan..

  7. sebagai penambahan rasa..boleh juga dihidangkan dengan nugget atau hotdog dll...

Komen