Dihantar Oleh Pada 02 November, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Resipi daripada mama

Share:
Bahan-bahan
  • 400gm Bihun @ 1 bungkus - direndam lebih kurang 8 jam
  • 500gm Udang sederhana dibuang kulit - kulit udang diblander dan ambil airnya
  • 200gm Daging - dihiris nipis
  • 250gm Isi Ayam - dihiris kecil
  • 8 biji Bawang Merah @ 2 biji bawang besar - dikisar
  • 4 biji Bawang Putih - dikisar
  • 20 Tangkai Cili Kering @ 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar Sos Tiram - kalau xnak letak pun xpa
  • 4 sudu besar kicap manis @ kicap mee
  • Garam, gula, perisa tambahan secukup rasa
  • Untuk hiasan - telur dadar dan dihiris nipis
  • Sedikit minyak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan masukkan daging dengan air udang. Biar sehingga daging lembut

  2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga lembut. Masukkan kicap manis dan sos tiram. Setelah isi ayam agak lembut masukkan isi udang. Masak hingga sebati.

  3. Setelah sebati dan masakkan menjadi pekat masukkan garam, gula dan penambah perasa. Biarkan sekejap.

  4. Masukkan bihun yang telah lembut. Goreng sehingga sebati dan kering. Setelah sebati padamkan api dan hidangkan dalam bekas

  5. Taburkan telur dadar dan bawang goreng. Dan sedia dihidangkan.

Komen