Resepi Ikan Siakap Kukus

 Dihantar Oleh Pada 11 October, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Resepi sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar(potong bulat)
  • 11/2 inci halia muda( potong memanjang)
  • 21 biji lada cili api merah( potong bulat2...kurangkan jika tidak suka pedas)
  • 3 biji limau nipis( yg sedang...diperah ambil airnya)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 camca besar sos tiram
  • 3 camca besar plum sos(brand life)
  • 3 biji tomato
  • garam,gula,ajinomoto secukupnya
  • 2 batang serai (titik)
  • daun sup@daun ketumbar(hiasan)
Cara-cara
  1. panaskan kukus....sapukan sedikit garam,gula dan ajinomoto pada ikan dan kukus seketika

  2. sediakan mangkuk..masukkan bawang besar..bawang putih,tomato,halia muda,cili api,serai,limau nipis,sos tiram, sos plum,garam gula,ajinomoto secukupnya..gaul sebati

  3. kemudian taburkan diatas ikan yg telah dikukus sebantar tadi..kukus lagi sehingga masak..setelah masak bolehlah dihiaskan dengan daun sup @daun ketumbar... dihidangkan..selamat mencuba

Komen