Resepi Kek Coklat Moist Mudah (Kukus)

 Dihantar Oleh Pada 08 October, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang makan
Description

Diambil dari pelbagai sumber dan diolah sendiri supaya senang dan jimat kos nak buat.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A (ayak)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu segar (Dutchlady)
  • 1 sk esen vanila
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
Cara-cara
  1. Pukul minyak + gula kastor hingga sebati.

  2. Masukkan susu segar dan pukul lagi hingga minyak dan susu segar betul- betul sebati.

  3. Masukkan esen vanila dan telur satu per satu. Adunan akan nampak berbuih- buih bila dipukul tapi takpe jangan risau.

  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.

  5. Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Masa ni adunan masih nampak berbuih tapi da kurang sikit la.

  6. Tuang adunan atas loyang yang da disapu minyak.

  7. Kukus selama 1 jam atau hingga masak. Da masak tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang. Kek takkan melekat kat loyang. Smooth jer keluar.

Komen