Dihantar Oleh Pada 03 August, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

Resipi simple untuk berbuka..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 paket meggi kari (nak lebih pun boleh)
  • 2 ekor ketam
  • 1 ketul bunga lawang
  • 1 @ 2 biji buah pelaga
  • 1 1/2 sudu serbuk kari
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • cili besar atau cili padi (ikut kepedasan yg korang nak)
  • sebiji telur
  • 900ml air
Cara-cara
  1. bersihkan ketam, cengkerangnya jangan dibuang kemudian panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk, masukkan sekali daun kari,bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

  2. apabila sudah naik bau, masukkan serbuk kari, kalau nak sedap masukkan sekali perencah meggi tersebut. (yang telah digaul dengan air panas supaya tidak berketul dan hangit)

  3. selepas itu masukkan ketam dan gaul biar sebati dengan rencah tadi kemudian masuk kan air.

  4. tunggu sehingga mendidih baru masukkan telur.

  5. tuang kuah yang panas ke atas meggi.. meggi sempat kembang sebelum makan..

Komen