Resepi ?Tahu Goreng ( Sos Masak)â„¢

 Dihantar Oleh Pada 13 July, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang untuk 8 keping tahu kecil
Description

Resipi keluarga..Sos yang tahan lama jika disimpan dalam peti ais...sesuai dijadikan pencicah kerang rebus,popia goreng atau basah, tahu tempe goreng dan enak juga disiram di atas rojak salad... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 40 tangkai lada kering - direbus lembut dan toskan
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 1 sb asam jawa + 1/2 cwn air, diramas dan tapis airnya
  • 1/2 cawan kicap manis
  • secukup gula pasir atau gula timbang/gula melaka (akak campur kedua2 gula secukup rasa)
  • garam secukup rasa
  • BAHAN PELENGKAP :-
  • beberapa keping tahu
  • taugeh - dicelur sebentar dgn sedikit garam
  • timun - dihiris
  • kacang tanah goreng - ditumbuk kasar
Cara-cara
  1. Kisar cili kering bersama bawang putih hingga halus dengan secukup air (tambah cili padi jika suka lebih pedas).Tuang ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.Masukkan air asam dan masak mendidih lagi lalu tuang kicap dan perasakan dengan secukup gula dan garam.Sos hendaklah cukup rasa pedas,masam dan manis.

    data.jpeg
  2. Sos untuk tahu goreng jangan terlalu pekat sebab akan dicampur dengan kacang tumbuk.Jika pekat tambahkan dengan secukup air panas sebelum disiram ke atas tahu goreng.

    open-uri20151010-29872-13h3sxb
  3. Cara menghidang seperti biasa..Goreng tahu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya..bubuh atas pinggan,tabur secukup taugeh dan timun lalu dituangkan secukup sos yang telah dicampur dengan secukup kacang tumbuk...tabur lebihan kacang tumbuk di atasnya jika suka...sajikan.

    open-uri20151010-29872-1ckbyst
  4. Jika ingin dijadikan sos pencicah kerang rebus dan sebagainya..masak sos hingga pekat sesuai selera... :)

    open-uri20151010-29872-58nkzz