Dihantar Oleh Pada 01 July, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 hidangan
Description

resepi ini belum lagi saya mencubanya tetapi anda mesti cuba tau, Disediakan oleh NURUL IZZATI BINTI AHMAD,

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Nasi Lemak: 500 gm beras ( dibersih & ditoskan) 3 ½ cawan santan Garam secukup rasa 3 helai daun pandan (disimpulkan)
  • Sajian-sajian Tambahan: 2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris) 1 biji sedang timun (dipotong nipis-nipis) 90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya) Ikan bilis goreng Kacang tanah digoreng. Garam secukup rasa
  • Bahan Untuk Buat Sambal: 125 gm ikan bilis 125 gm bawang merah (dikisar) 60 gm lada kering (direndam & ditoskan) 6 biji buah keras 5 cm belacan (dibakar) 2 sudu minyak makan 1 batang serai (dititik) 1 cawan santan 1 sudu gula pasir Garam & serbuk perasa
Cara-cara
  1. Cara: Untuk memasak nasi: Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya. Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.

  2. ntuk membuat sambal: Giling semua bahan perencah.Pnaskan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya. Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.

  3. kalau ingin kelazatan nasi lemak letakkan bersama daun pisang yang bersih, baru sedap, sesedap nasi lemak mak kita...

Komen