Resepi Kuih Bakar Original Mr.Fadzli

 Dihantar Oleh Pada 18 June, 2012
Kategori:  Kuih
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

Kuih Tradisional (resepi original KUIH BAKAR MrFadzli)

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg Gandum
  • 1kg Santan
  • 1kg Gula
  • 1kg Pati Daun Pandan
  • 9 biji telur gred C
  • 5 gm bijan
Cara-cara
  1. Pukul telur bersama gula sehingga agak kembang dengan menggunakan mixer

  2. Masukkan gandum sedikit demi sedikit

  3. Masukkan santan dan air daun pandan

  4. Setelah semua bahan telah sebati, tapis adunan agar tiada gandum yang berketul

  5. Goreng bijan sehingga kekuningan

  6. Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, pastikan acuan dipanaskan terlebih dahulu kedalam oven bersama minyak

  7. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih bakar yang telah dipanaskan

  8. Bakar adunan selama 45 minit dengan suhu 180 darjah

  9. Selamat mencuba!

Laporan MasakanLihat Semua (0)