Dihantar Oleh Pada 14 June, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 -5 org makan
Description

antara masakan peberet saya...

Share:
Bahan-bahan
  • 5 - 6 ketul ayam - dibersihkan.,digaul garam dan kunyit.. kemudian digoreng separuh masak
  • 1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lagi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kicap pekat masin
  • 5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah kalau kurang hitam tambah lagi
  • sedikit gula dan serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • 1 sudu teh jintan manis - ditumbuk
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • sedikit air
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan., digaul dgn garam dan serbuk kunyit...kemudian digoreng separuh masak.

  2. Tumbuk bawang besar., bawang putih dan halia.

  3. Panaskan minyak dalam kuali., kemudian tumis bawang besar yg dihiris., kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. kemudian masukkan bawang besar , bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi.. biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis., lada hitam.,kicap masin dan kicap manis. biar hingga terbit minyak.

  4. Kemudian masukkan sedikit air., biar hingga mendidih., masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi. masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk. ok..siap.., selamat mencuba.

Tags 
  •   ayam
  • Komen