Dihantar Oleh Pada 05 August, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Sweet bread - breadmaker recipe

Share:
Bahan-bahan
  • **Roti**
  • 250g tepung roti
  • 150g air
  • 25g telur
  • 7g susu tepung
  • 30g gula
  • 3g garam
  • 30g mentega
  • 3g yis kering
  • ** Topping **
  • 65g tepung gandum
  • 40g gula halus
  • 40g mentega
  • 50g telur
  • 15g susu
  • Sedikit esen vanila
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker.

  2. Cara buat topping: Pukul mentega dan gula sehingga putih. Masukkan telur pukul lagi sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen vanila-kacau . Masukkan pula tepung-kacau lagi. Kemudian rehatkan lebih kurang 30 minit.

  3. Keluarkan roti dari breadmaker. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan 10 minit.

  4. Ambik sebiji roti, leperkan di atas tapak tangan. Ketemukan semua hujung, buat bentuk bulat. Buat sampai habis. Penaikkan sehingga 2 kali ganda.

  5. Masukkan topping ke dalam kertas aising. Paipkan ke atas roti seperti dalam gambar.

    data.jpeg
  6. Bakar dengan suhu 200C selama 8 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Bakar lagi selama 4 minit.