Dihantar Oleh Pada 17 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org mkn
Description

Resipi sendiri yang diubahsuai dan ditokok tambah.

Share:
Bahan-bahan
  • Ikan sardin 1/2 kilo
  • Ikan sardin tin kecil (cap Ayam atau cap King Cup bertujuan untuk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
  • Bawang merah (5 ulas)
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Cili kering (segenggam) atau cili giling (4 sudu atau ikut citarasa)
  • Bawang besar (dimayang halus)
  • Timun
  • Cili masak atau cili padi
  • Daun salad
  • Telur rebus
  • Laksa kering atau laksa basah (sebungkus)
  • Daun kesum dan bunga kantan
  • Limau nipis
Cara-cara
  1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dari tulang (air rebusan jangan dibuang).

  2. Kisar bawang merah, belacan, cili kering (sekiranya cili giling tak payah - hanya campurkan terus dalam kuah nanti).

  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan.

  4. Kisar ikan sardin yang diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin (sos ikan sardin tin dicampurkan sekali).

  5. Kisar tulang ikan (jangan terlalu halus) untuk menambah rasa manis kuah, tapiskan airnya ke dalam periuk tadi.

  6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa.

  7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bawang besar, timun, cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang).