Dihantar Oleh Pada 16 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 24 biji
Description

Kegemaran budak-budak...resipi ringkas, penyediaan tak sampai 10 minit!

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan cip coklat
  • 113g krim keju, dilembutkan
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 3/4 cawan gula 'confectioner'
  • Untuk salutan:
  • 3 - 4 sudu besar badam halus
Cara-cara
  1. Cairkan cip coklat sama ada dengan ketuhar atau teknik 'double boiler'. Cairkan hingga hampir cair sahaja. Kemudian kacau dan biarkan ia sejuk.

  2. Dengan pengadun, pukul krim keju sampai lembut. Tambah coklat cip tadi dan pukul lagi hingga lembut.

  3. Tambahkan serbuk koko dan 1 cawan gula, kacau dengan spatula hingga sebati. Kemudian, tambah baki gula tadi (iaitu 3/4 cawan lagi), dan kali ini lebih senang menggaul dengan menggunakan tangan saja, teruskan gaul hingga dapat doh yang lembut.

  4. Taburkan dulu badam halus dalam bekas leper sedikit. Kemudian, bentukkan doh kepada bentuk bulat-bulat (kira-kira dalam saiz 2.5cm, atau saiz muat-muat dalam cawan kertas). Kemudian golek-golekkan atas badam halus tadi, dan letak dalam acuan cawan kertas. Buat sampai habis, akan dapat dalam 24 biji. Simpan dalam peti sejuk hingga keras.

  5. NOTA: Jika sukar nak bentukkan, masukkan adunan dalam peti ais dalam 15 minit, kemudian baru golekkan atas badam halus.