Resepi Kari Ketam

 Dihantar Oleh Pada 15 May, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resipi yang mudah untuk ibu yang bekerja... gambar tak berapa best sebab snap time dalam periuk hehe...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg ketam, dibersihkan
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 cawan air
  • ½ liter santan pekat
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
  • # Bahan untuk dikisar #
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

  2. Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.

  3. Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.

  4. Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih. Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua