Dihantar Oleh Pada 15 May, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 hidangan tengahari
Description

Menu kenduri mak mertua..mungkin tak biasa bg kebanyakan org tapi lauk nilah yg akan habis dulu berbanding lauk kenduri lain.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api
  • 2-3 biji limau nipis
  • 1 inci belacan (bakar sikit)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • UPDATE: lupa nak beritahu..kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang ummphh!!!
Cara-cara
  1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)

  2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.

  3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Tags 
  •   ikan