Rendang Daging Negeri Sembilan

Resepi Rendang Daging Negeri Sembilan

 Dihantar Oleh Pada 19 March, 2012
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seisi keluarga
Description

ni resipi dr mak saya sendiri.tiap kali hari raya mesti buat ni.mmg sedap sangat2.saudara-mara saya sanggup datang dari jauh hanya untuk merasa rendang mak saya ni.hahaha..sangat mudah and simple je bahan2 dia....cubalah...

Share:
Bahan-bahan
  • *2 kilo daging ( potong dadu, tapi jangan terlalu kecil or terlalu besar )
  • *3 biji kelapa parut
  • *segenggam cili api (bleh kurangkan lau xnk pedas )
  • *1 1/2 inci kunyit ( slalu mak ambil kunyit yang paling besar )
  • *1/2 biji kelapa parut ( untuk buat kerisik )
  • *2-3 helai daun kunyit
  • *Garam dan Gula sesedap rasa
  • *4 batang serai (dititik )
Cara-cara
  1. Kisar cili api bersama dengan kunyit sehingga lumat

  2. 3 biji kelapa parut tadi diperah untuk mendapatkan santan. Pati santan ( perahan pertama ) diasingkan.

  3. 1 biji kelapa parut digoreng hingga berwarna perang dan diblend sehingga lumat ( lau xrajin just beli kerisik paket je, 1 paket pun dah cukup )

  4. Panaskan kuali. Masukkan daging dengan bahan yang dikisar tadi. Jangan letak minyak or tambah air. Kacau perlahan2 untuk elak daripada hangus. Masukkan garam secukupnya. Kalau nak tambah gula pasir pun boleh. Tapi bukan gula merah. Nanti warna rendang tak cantik.

  5. Selepas air daging semakin banyak yang keluar, masukkan santan perlahan2. Pastikan kuali sentiasa dikacau untuk elak santan pecah. Masukkan serai sekali.

  6. Selepas mendidih, masukkan pula pati santan tadi. Kacau sehingga kuah hampir kering

  7. Masukkan kerisik dan daun kunyit. Kacau lagi sehingga kering. Kalau boleh jangan terlalu kering. Biar daging lembab2 gitu...Nanti lau nak panaskan lagi xdelah daging kering sangat.

  8. Siap untuk dihidangkan!!!

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua