Dihantar Oleh Pada 14 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 balang sederhana
Description

Belajar dari kawan sambil bersembang saja. Balik rumah terus cuba sebab teruja nak tengok putarannya. Menjadi tapi tak berapa cantik...

Share:
Bahan-bahan
  • Untuk doh bawang:
  • 1 biji bawang besar ( dikisar tanpa air )
  • 1 sudu besar serbuk udang kering
  • Tepung gandum secukupnya
  • Untuk doh marjerin:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 70gm marjerin/mentega
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Untuk doh bawang: Uli tepung dengan bawang yang dikisar + serbuk udang kering . Tambah tepung hingga adunan menjadi doh yang bulat. Bagi pada 3 bahagian.

  2. Untuk doh marjerin: Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga. Bahagi pada 3 bahagian.

  3. Canai doh bawang dan doh marjerin berasingan.

  4. Letakkan doh bawang di atas doh marjerin dan gulung.

  5. Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam).

  6. Keluarkan dan hiris nipis-nipis.

    open-uri20151010-29872-o5sv3n
  7. Goreng dalam minyak penuh.