Resepi Pulut Mangga (khao Niaw Ma Muang )

 Dihantar Oleh Pada 19 February, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3- 4 org makan
Description

selalu makan di restoran Thai, apa kata kita cuba resipi yang enak ni di rumah

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • mangga yg masak ranum secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam. letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.

  2. untuk kuahnya: baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat tutup api.

  3. sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. selamat mencuba!

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen