Resepi Roti Naan

 Dihantar Oleh Pada 13 May, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 - 8 keping
Description

Sesuai dihidangkan bersama Kari Kofta

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ½ cawan tepung gandum
  • 1 paket (11 gm) yis kering
  • 2 sudu teh gula
  • 1 cawan air suam
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar mentega cair/ minyak zaiton
  • 4 sudu besar tairu (yoghurt)
Cara-cara
  1. Campurkan yis, air suam dan gula dan ketepikan selama 5 minit.

  2. Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, tairu, mentega cair/ minyak zaiton, telur kedalam bread machine. Ataupun anda boleh menggunakan mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli sehingga ia lembut dan licin.

  3. Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.

  4. Setiap adunan roti Naan seberat 70 gram dan dicanai diatas papan canai.

  5. Bakar diatas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua belah masak. Angkat dan hidangkan.

    open-uri20151010-29872-bxijd1
  6. Nota: Jika anda suka Garlic Naan, boleh anda cincang 3 ulas bawang putih dan campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sapukan diatas Naan pada waktu akhir anda membakarnya. Jika suka Cheese Naan boleh anda taburkan parutan cheese diatas Roti Naan.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen