Dihantar Oleh Pada 03 February, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 keping
Description

Inovasi daripada resepi buah cempedak

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan susu segar (i.e HL Marigold)
  • 1 @ 1 1/4 sdb gula pasir kasar
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1 sdt garam halus @ 1/2 sdt garam kasar
  • 2 sdb minyak sayur @ minyak masak
  • 1 sdt esen vanila
  • Beberapa ulas isi cempedak, dihiris (i.e 10 ulas saiz kecil)
Cara-cara
  1. Gaul sebati tepung gandum, garam, serbuk penaik dan gula

  2. Satukan telur, susu, minyak, esen dan isi cempedak. Dikisar

  3. Panaskan kuali (since i dont have non-stick pan). 2 sdb adunan (saiz penkek besar) @ 1 sdb jika mahu saiz kecil. Terbalikkan adunan bila sebelah atas sudah menggelembung dan sebelah bawah masak berwarna keperangan. Angkat bila kedua-dua belah masak

  4. Boleh dihidang dengan sapuan kaya, peanut butter etc @ begitu je.

  5. *Gula boleh adjust ikut kesesuaian, sebab cempedak biasanya sudah manis.

Komen