Dihantar Oleh Pada 12 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Resipi ibu, pedas dan panas - Melaka asli.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg ikan pari (dibersihkan dan dipotong seperti saiz kotak mancis)
  • 5 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang putih - dimayang
  • Sedikit belacan (pilihan)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar lada hitam (ditumbuk 3/4 halus)
  • 3 camca besar minyak untuk menumis
  • 2 camca besar asam jawa (diramas dengan 2 cawan air)
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 camca besar kerisik (kelapa goreng)
  • 2 camca teh garam
  • 2 camca teh serbuk kunyit
Cara-cara
  1. Tumis bawang merah, putih, cili kisar, belacan dan kunyit serbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan daun limau purut.

  2. Setelah garing masukkan ikan pari, air asam jawa, lada hitam dan kerisik. Tambah 2 cawan air (berkuah seperti masak asam pedas), bila mendidih rasa garamnya.

  3. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih panas. Sedap juga dimakan sebagai kuah untuk mencicah lempeng.

Komen