Resepi Somtam

 Dihantar Oleh Pada 31 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi asal guna betik dan mempelam. Tapi kat sini susah nak cari semua tu.. So saya gunakan kulit tembikai.. bila makan rasanya lebih kurang rasa betik la..

Share:
Bahan-bahan
  • 150g kulit tembikai
  • 1/3 batang lobak merah
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 3 sudu besar udang kering
  • [Bahan untuk bumbu]
  • 2 ulas bawang putih
  • 10-15 biji kacang tanah
  • 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
  • 1 biji lemon - ambil jusnya
  • 1-2 batang cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • Tomato ceri
Cara-cara
  1. Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.

  2. Potong kacang panjang lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.

  3. Sediakan bumbu. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.

  4. Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.

  5. Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.

  6. ****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.***

Komen