Dihantar Oleh Pada 09 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekali makan
Description

Ala-ala kerabu mangga @ sotong la, tapi resipi ni guna rumpai laut. Banyak jual di pasar dekat Kota Kinabalu. Makan untuk makan malam tadi. Makan dengan nasi panas + ikan bakar + sotong bakar + sambal kicap...sedapp!!

Share:
Bahan-bahan
  • Rumpai laut
  • Sedikit mangga muda - potong nipis
  • 2 biji tomato - potong sesuka hati
  • 1 ulas bawang besar - potong nipis
  • Cili padi - kuantiti sesuka hati
  • 3 - 4 biji limau nipis
  • Garam dan sos ikan
Cara-cara
  1. Potong rumpai laut, basuh bersih, ramas dengan garam dan celur dengan air panas kemudian toskan.

  2. Gaulkan semua bahan, perah limau dan sedia untuk dimakan. (Kalau rasanya tak menepati citarasa...boleh sesuaikan).

  3. Dah siap pun.

    open-uri20151010-29872-1lz2ahi