Dihantar Oleh Pada 06 January, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 ~ 5 orang
Description

Resepi yang ringkas dan enak..

Share:
Bahan-bahan
  • 300g udang harimau dibersihkan ( gaul dengan garam dan kunyit)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 cams/sudu makan lada hitam*
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 5 biji cili padi merah ( hiris)- jika nak pedas boleh tambah ikut suka.
  • 3 cm halia (hiris nipis/cincang)
  • ~ 1camb sos tiram
  • Kicap manis secukupnya
  • garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis.
  • Bahan bertanda * ditumbuk
  • 1 cams madu jika suka
Cara-cara
  1. Goreng udang separuh masak. Ketepikan

  2. Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.

  3. Masukkan kicap, sos tiram dan garam secukupnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

  4. Masukkan halia, cili padi dan bawang besar kacau rata sehingga sebati.

  5. Masukkan udang, madu dan kacau hingga masak

Komen