Resepi Laksa Johor Ori

 Dihantar Oleh Pada 28 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-15 orang
Description

Masakan Johor

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang (jika suka) - 1 kilo
  • Udang basah 100gm
  • Isi ikan kurau - 10 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • Bawang besar - 3 biji
  • Cili kering - 15 tangkai
  • Halia - 2 ibu jari
  • Lengkuas - 2 ibu jari; kunyit hidup - 2 ibu jari
  • Serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • Asam keping - 2 keping (masuk dalam kuah)
  • Santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • Bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • Limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • Timun di racik halus
  • Tauge buang ekor (segar)
  • Jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • Bawang besar - hiris halus
  • Lada merah/lada hijau - dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • Lada merah 5/6 biji
  • Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit Ajinomoto
Cara-cara
  1. Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.

  2. **Penyediaan kuah**

  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.

  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit .

  5. Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.

  6. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air.

  7. Masukkan asam keping.

  8. Tambah garam dan gula untuk rasa.

  9. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.

  10. **Sambal belacan**

  11. Mesinkan semua bahan dan hidangkan.

  12. Selamat mencuba.