Resepi Sushi

 Dihantar Oleh Pada 30 December, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ~ 24 ketul
Description

mudah dan murah bagi pengemar sushi..jimat belanja dapat banyak pulaktu..dan pastinye halal..Projek anak kite yg lepas PMR..

Share:
Bahan-bahan
  • 200g beras Calrose ( kite guna beras biasa yg berkanji mcm pulut)
  • 500 ml air
  • 11/2 camb cuka
  • 3 camb gula kastor (boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1 camt garam + 2 camb air
  • Bahan A
  • Sedikit nori (rumpai laut yg warna hijau anak2 suka)
  • Sedikit timun Jepun - hiris nipis memanjang
  • Sedikit ketam dingin beku ( Filamen berperisa ketam) - hiris nipis
  • 2 keping telur dadar ( dari 3 biji telur - pukul rata dan goreng membentuk dadar))
Cara-cara
  1. Basuh dan masakkan beras bersama air hingga masak.

  2. Dalam bekas campurkan - cuka,gula garam bersama air, ketepikan

  3. Ratakan nasi di dalam mangkuk kaca biar suam sikit.

  4. Renjis campuran cuka pada nasi dan kacau rata.

  5. Ambil sedikit nasi yg agak sejuk, ratakan di atas nori.Bubuh hirisan timun, hirisan ketam dan telur dadar.

  6. Gulung kemas membentuk sushi dan potong kecil ikut saiz disukai dan hidangkan...Selamat mencuba.

  7. Puas makan untuk sekeluarga..dan amat menjimatkan..

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua