Resepi Blueberry Hidden Cake

 Dihantar Oleh Pada 07 May, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Acuan diameter 30cm dan berlubang di tengah.
Description

Blueberry boleh diganti dgn jem strawberry atau jem raspberry.

Share:
Bahan-bahan
  • 3/4 cawan gula aising
  • 150 g mentega, pada suhu bilik
  • 250 g cream cheese, pada suhu bilik
  • 3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
  • 1/2 camca teh esen vanila
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat*(*digaul rata dan diayak)
  • 1/4 cawan susu segar/susu UHT
  • 5 - 6 camca besar blueberry filling
Cara-cara
  1. Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih.

    open-uri20151010-29872-1w3ns7k
  2. Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen vanila. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.

    open-uri20151010-29872-75u6k8
  3. Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht hingga habis. Gaul rata.

    open-uri20151010-29872-13cg5vs
  4. Sapu acuan bulat berlubang tgh dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung.

    open-uri20151010-29872-1st8wwx
  5. Tuang 3/4 adunan kek ke dalam acuan.

    open-uri20151010-29872-944o09
  6. Sudukan blueberry ke atas adunan kek tadi.

    open-uri20151010-29872-1yu2l28
  7. Ratakan blueberry dgn spatula.

    open-uri20151010-29872-16tv8jq
  8. Tuang lebihan adunan kek dan ratakan. Hentak perlahan acuan kek 2 - 3 kali. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit.

    open-uri20151010-29872-1gw3hh9
  9. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

    open-uri20151010-29872-1671atr
Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua