Dihantar Oleh Pada 16 December, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang dlm 100 biji
Description

resipi ni saya dpt dr seorang hamba Allah(miza)terima kasih byk saya ucapkn kt dia,ni kali ke 3 buat baru menjadi.senang je....

Share:
Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 90gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sd mkn vanilla
  • 100gm nestum(dikisar)
  • 300gm tepung gandum
  • topping:50ml putih telur
  • 150gm gula aising
  • 1 sd mkn tepung jagung
Cara-cara
  1. pukul mentega dan gula sampai kembang.kemudian masukkan kuning telur,tepung jagung,tepung gandum,nestum kisar dan vanilla.gaul sebati.

  2. bila dah jd doh,canaikan dgn acuan bulat sebesar syiling lima puluh sen.jgn terlalu tebal,nanti lambat masak,hangus pulak ice topping tu nanti.

  3. cara buat topping ice plak.pukul putih telur sampai kembang n kental.lepas tu masukkan gula aising,pukul lagi sampai kembang(foamy la).kemudian masukkan tepung jagung plak,pukul lagi.

  4. kemudian paipkan ice topping tu ke atas biskut tadi.kemudian lorekkan coklat mulco ke atasnya.(gunakan pencungkil gigi).

  5. kemudian bakar selama 25 mnt,pd suhu 170c.atau ikut kepanasan oven masing2 lah.kalau dah boleh di tolak biskut tu,dah masak lah tu.ok selamat mencuba kawan2.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen