Resepi Puding Lumut (Pandan Pudding)

 Dihantar Oleh Pada 26 July, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 orang
Description

Cara penyedian hanya memerlukan antara 30 minit hingga 1 jam.Mudah dan ringkas :D

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket jelly
  • 1/2 mangkuk santan kelapa
  • 1 cawan gula
  • 10 helai daun pandan (di blend/kisar dengan air untuk mendapatkan jus pandan dalam 1/2 mangkuk)
  • 2 bji telur ayam (dipukul)
  • 2 mangkuk air (atau lebih untuk mencairkan jelly)
Cara-cara
  1. Cairkan jelly dalam periuk dengan air.Biarkan hingga mendidih dan sehingga jelly betul2 cair dan tidak berketul-ketul.

  2. Kemudian masukkan gula,kacau hingga cair.Gula boleh sukat sesuka hati lebih atau kurang.

  3. Biarkan bahan2 tadi mendidih.Sementara itu dalam mangkuk lain campurkan telur yang dipukul tadi bersama santan kelapa.Kacau hingga sebati.

  4. Kemudian masukkan pula jus pandan pula ke dalam campuran telur dan santan kelapa tadi.Kacau sebati.

  5. Kemudian masukkan semua bahan2 campuran tadi (telur,santan,jus pandan) ke dalam jelly mendidih tadi.Kacau dengan api yang besar dan biar ia mendidih dan anda akan melihat bahan2 tadi berketul2 seperti lumut.Kacau seketika hingga mendidih dan kemudian tutupkan api.

  6. Jelly kemudian bolehlah dipindahkan ke dalam loyang aluminium atau mangkuk casserol.Biarkan ia sejuk seketika suhu bilik dan sejukkan/keraskan lah di dalam peti sejuk sebelum serving.