Resepi KIMCHI KOREA

 Dihantar Oleh Pada 21 November, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: -
Description

Masakan Korea

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN 1 :
  • Air
  • 2 sudu besar garam
  • Sawi Putih / Kobis Cina
  • BAHAN 2 :
  • 1 sb bawang putih - dicincang halus
  • 1 sb halia muda - dicincang halus
  • Daun bawang - dipotong bulat2
  • 3 - 4 biji cili merah
  • Serbuk Cili / Cili Bo
  • 2 sk gula
  • Garam
  • Sedikit Ajinamoto (jika suka)
Cara-cara
  1. LANGKAH 1 : Potong sawi putih (large bite-size)

  2. Letakkan selapis sawi putih dalam mangkuk besar. Taburkan garam.... (Ulangi langkah tersebut, selapis demi selapis)

  3. LANGKAH 2 : Tuang air di dalam mangkuk besar tersebut, biarkan sawi tenggelam.

  4. Guna penutup (pinggan besar, dulang kecil) untuk menutup mangkuk. Pastikan mampat.

  5. Gunakan pemberat untuk diletakkan di atasnya (lesung batu,tin).. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam.

  6. *ATAU ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH KUKUS BAGI MENGGANTIKAN KAEDAH RENDAMAN INI.

  7. * Gaulkan sawi putih dan kukus selama 4-5 minit.

  8. LANGKAH 3 : Buangkan air rendaman/kukus tadi.. Basuhkan sawi dan tapis. Masukkan ke dalam mangkuk tadi..

  9. Masukkan kesemua BAHAN 2 dan gaulkannya sehingga sebati.. (Kepedasan bergantung kepada cita rasa)

  10. Masukkan hasil gaulan ke dalam bekas kaca atau jar yang disteril. Tuangkan air gaulan ke dalam jar.... Biarkan ada ruang sekurang-kurangnya 2 inci dari mulut jar. Berikan tekanan maksimum semasa memampat kimchi.....

  11. Akhir sekali, tutp dan simpanlah kimchi di dalam peti sejuk.. (tdk digalakkan simpan terlalu lama)

  12. ~SELAMAT MENCUBA~