Dihantar Oleh Pada 01 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 28-30 biji sedang kecil
Description

Resipi emak saya, telefon pagi tadi terus buat. Teringin nak makan sangat. Ini saya kongsi untuk semua. Minggu ni minggu cucur lah.

Share:
Bahan-bahan
  • Kulit:
  • 2 biji keledek saiz besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam
  • Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula
Cara-cara
  1. Inti: Kisar cili kering + serai + udang kering dan bawang dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, kisar sekali. Kisar sekejap je. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

    open-uri20151010-29872-1imzafn
  2. Kulit: Rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dengan tepung. Buat masa panas-panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jangan terlalu banyak nanti tak sedap.

  3. Selepas itu buat doh kecil-kecil . Ambil satu buat melengung. Tip: Semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat, kerja pun cepat dan senang.

    open-uri20151010-29872-17oqk13
  4. Letakkan inti dan tutup kembali.

    open-uri20151010-29872-1wasgjt
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk disantap.

    open-uri20151010-29872-17ovse5